Sunday, December 21, 2008

Sunnah Rasulullah, Sinar Ketenangan Sepanjang Zaman


1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (kelingking), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 jenis enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah
penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang
menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg
besar,lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita
tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana
apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang
apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka,
menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali.

Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walau pun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.


Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

Wednesday, December 17, 2008

Siapakah Aku Tanpa Guru???



Salam… Kebelakangan ini, tanpa kita sedari seringkali digembar-gemburkan berita berkaitan dengan kedudukan dan pengaruh guru pada insan sejagat. Tiba-tiba saja, timbul isu guru mula dipandang rendah dalam kalangan golongan pekerjaan professional. Hal ini secara halus telah menjatuhkan dan merendahkan kredibiliti seorang guru yang selama ini berusaha mencanai minda yang bermodal intelek. Namun, persoalannya mengapa isu ini harus timbul. Dan timbul juga persoalan, adakah memang benar guru semakin tidak bernilai?

Ingin sekali saya jelaskan di sini, sememangnya guru adalah individu yang benar-benar berpengaruh dan sangat memberi kesan kepada perkembangan diri seorang insan. Meskipun guru hanya berperanan mengajar, mendidik dan membimbing pelajar hanya beberapa tahun, tapi insan suci ini tetap turut penting. Siapalah kita pada hari ini, tanpa seorang guru yang sudi mengajar kita huruf A hingga Z? Dan siapalah kita pada hari ini, tanpa kehadiran guru yang sedia memberikan tunjuk ajar pada kita, mencari jalan penyelesaian, memberi nasihat? Tidak saya nafikan, ada juga suara-suara ’nyaring’ yang mengatakan ”jika tiada guru pun, kita tetap jadi manusia jugak”... Ya, benar. Tidak pula mahu nafikannya... Namun, harus diingat jadi manusia saja belum tentu berguna, bermanfaat. Kerana apa? Kerana individu yang kononnya mengaku diri dia sebagai ’manusia’ belum tentu berakal sempurna. Semua manusia berakal, tapi yang membezakan diri setiap manusia ialah akal yang mengikut tabii yang betul. Jadi, sudah semestinya jika kita mahukan akal dan jiwa kita dibentuk, diasuh dengan betul perlulah kepada adanya pembimbing, dan pengajar.

Kalau kita pada hari ini, mahu berlagak sombong, di atas segala apa yang telah anda miliki, itu saya kira sebagai satu perkara yang sia-sia. Jika anda bangga dengan kerjaya anda sekarang, tidak kisahlah sebagai apapun sama ada sebagai peguam, doktor, mahupun CEO Syarikat gergasi, namun sedarkah anda siapakah diri anda jika tanpa guru-guru anda? Seharusnya, kita sentiasa berterima kasih dan bersyukur pada Allah SWT, kerana mengurniakan kita dengan guru-guru yang pengasih. Jadi, ambillah masa, mungkin hanya beberapa saat untuk ucapkan kalimah keramat pada guru-guru anda, yakni ’Terima Kasih Cikgu”...


Kenanglah Jasa Gurumu...

Empat Lagi Rangka Prasejarah Ditemui...



Informasi terkini tentang perkembangan kajian arkeologi di Malaysia...


Empat Lagi Rangka Prasejarah Ditemui

FRIDAY, 11 APRIL 2008 09:34 BHARIAN.COM.MY

Penemuan dihantar ke UKM bagi ujian DNA

KUALA LUMPUR: Empat lagi rangka manusia prasejarah ditemui di

tapak arkeologi Pulau Kelumpang, Kuala Gula, dekat Taiping, Perak

menjadikan jumlah keseluruhan kepada lima rangka sejak kerja cari

gali dimulakan Mei lalu.

Tiga daripada rangka terbaru itu ditemui di petak bersebelahan di

kawasan ditandakan sebagai Pulau Kelumpang I (PKI) manakala satu

lagi ditemui di kawasan PKII, kira-kira 30 meter dari situ.

Ketua projek merangkap Timbalan Pengarah Institut Alam dan

Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof

Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, berkata semua

rangka itu ditemui pada lapisan berbeza menunjukkan ia ditanam

pada tempoh berlainan.


Katanya, berdasarkan kajian awal, semua rangka itu dipercayai

manusia dewasa dan rangka di lapisan paling bawah dikatakan

terletak pada lapisan berhampiran punca mata air.

"Rangka manusia di lapisan paling bawah agak unik dan berbeza

dengan yang lain kerana kedudukan tangannya dalam keadaan

bersilang di dada berbanding rangka lain dan kedudukan tangannya

lurus serta selari dengan tulang kaki.


"Kami mengeluarkan dua rangka dan dihantar ke UKM untuk ujian

Asid Deoksiribonukleik (DNA). Tiga lagi rangka yang belum dikorek

sepenuhnya akan dihantar ke makmal di Universiti Sains Malaysia

(USM), Pulau Pinang," katanya. Melalui pendekatan baru mengagihkan kajian ke makmal berlainan mampu membantu penyelidik mendapat keputusan lebih cepat untuk

menentukan jantina, usia serta punca kematian masyarakat yang

tinggal di pulau berkenaan.

Kajian arkeologi itu dijalankan oleh Dr Nik Hassan bersama

penyelidik bersama iaitu bekas Ketua Pengarah Muzium Negara,

Datuk Dr Adi Taha dengan dibantu pelajar peringkat Ijazah

Kedoktoran, Jamilah Taib dan dijangka selesai pertengahan bulan

ini.

Mereka dibantu pakar DNA UKM, iaitu Pensyarah Kanan, Pusat

Pengajian Bio sains dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Dr

Shahrul Hisham Zainal Ariffin dan Prof Madya Dr Sahidan Senafi

serta pakar Pergigian dan Ortodontik UKM, Dr Rohaya Megat Abdul

Wahab.

Dr Nik Hassan berkata, rangka manusia yang ditemui di PKII lebih

kecil berbanding rangka lain dan ditemui pada lapisan atas, iaitu

antara 10 hingga 20 sentimeter daripada permukaan tanah.

"Berdasarkan kajian awal di situ, penyelidik pernah menemui rangka

manusia diletakkan di dalam perahu di lapisan tanah paling bawah.

Tetapi setakat ini, semua rangka yang kita temui berada dalam

kedudukan normal bersama beberapa barang lain.

"Semua rangka yang ditemui adalah lengkap, cuma satu rangka di

PKII belum dikorek sepenuhnya kerana kepala serta badannya

terletak di bawah rimbunan pokok buluh," katanya.

Kajian ke atas penempatan manusia prasejarah di situ juga bertujuan

mengesan ke mana menghilangnya penduduk di situ sama ada sudah

pupus atau berpindah ke kawasan berdekatan atau mempunyai

kaitan dengan penduduk tempatan sekitar Kuala Gula.

Tapak penempatan itu dianggarkan berusia 1,200 tahun bermula 200

tahun Sebelum Masihi dan ini bermakna sehingga sekarang, ia

dianggar mencecah 2,000 tahun.

Sumber: bharian.com.my

MAKLUMAN TERBARU AKAN DISAMPAIKAN KEMUDIAN…

Siapa Aku? (Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin)


Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.



Salam Ukhwah... Ahlan Wa Sahlan.

Assalamualaikum w.b.t… Ahlan Wa Sahlan

Salam ziarah buat semua, khususnya ahli Persatuan Mahasiswa Sejarah UPSI yang saya kasihi. Syukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan berkat dan maghfirah daripadanya dapat kita sama-sama meluangkan sedikit masa untuk kita merenung sejenak dengan mengamati apa yang bakal saya coretkan. Insya-Allah, saya selaku Biro Perhubungan Dan Pengantarabangsaan akan berusaha yang terdaya untuk mengemaskini blog PERMAS khususnya blog Biro Perhubungan Dan Pengantarabangsaan. Terlebih dahulu salam perkenalan dan ukhwah buat semua. Saya kira dalam blog ini saya akan mengeluarkan entri yang lebih memfokuskan kepada nilai-nilai moral dan panduan serta renungan bersama buat pengunjung blog ini, memandangkan berita, serta info-info sejarah telah banyak dipaparkan dalam blog utama PERMAS. Tidak akan saya lupakan, untuk sama saya selitkan info-info dan rencana serta peristiwa sejarah terkini yang berlaku. Insya-Allah... Sambutlah salam pena dan perjuangan dari saya buat sahabat-sahabat di luar sana. Sebarang idea dan buah fikiran amatlah saya galakkan dari anda semua. Sebelum itu, hayatilah sebentar pantun nasihat buat renungan bersama...

Aku terpaku menatap ranap
Biar pun sayu tidak tergarap
Tidak ku mampu berhenti meratap
Kaku tubuhku didakap perangkap

Andai diam jawapan yang mudah
Akan kelulah mulut dan lidah
Andai madah pembatas rasa
Biar parah menahan bicara

Melimpah dosaku tujuh lautan
Dikuasai nafsu, temannya syaitan
Beribu nikmatMu telah ku dustakan
Layakkah aku mendapat ampunan

Duhai hatiku bisikkan kesalan
Sedarkan aku dari lamunan
Kasih TuhanMu tiada sempadan
Redha dariNya menjadi idaman


Siapa aku di sisi Allah...???


Memetik rangkap sajak daripada Adilah, pemenang Sayembara Puisi 2006:

Tudinglah pada lidah yang kontang dengan zikrullah,
Yang kenyang dengan hasil daging saudaramu
Tudinglah pada hati yang gersang tanahnya tak dibaja nur Iman
Yang sengaja kau biar mengeras dan menghitam
Tudinglah pada serapah syaitan yang kau biar berdengung di setiap celahan nadi
Tudinglah pada mata separa buta dari menghadap ayat-ayat suci Tuhanmu
Tudinglah pada dahi yang tidak akrab dengan bumi
Tudinglah pada diri!
Jangan pantas kau tuding Ilahi!

Friday, November 21, 2008